23/01/2026 - Alhamdullilah, naik pangkat.
I'll never grow up and I'll never grow old... Blame it on the love of rock & roll
Remembering my youth - 40th anniversary
Black Sabbath featuring Tony Iommi - Seventh Star (28/01/1986)
Saya membesar dengan muzik hard rock dan AOR era 80-an, jadi bila Tony Iommi menghasilkan muzik dalam gaya sebegini, ia memang bukan satu masalah untuk saya.
Tak kisahlah kalau bunyinya tak sama seperti era Ozzy, Dio mahupun Gillan, lagipun ini sebenarnya lebih kepada album solo Tony. Ditambah pula dengan Glenn Hughes sebagai vokalis, album ini sememangnya jadi antara kegemaran.
Remembering my youth - 35th anniversary
David Lee Roth - A Little Ain't Enough (15/01/1991)
Saya bukanlah peminat David Lee Roth. Van Halen saya adalah era Sammy Hagar, kerana itulah adalah zaman remaja saya.
Cd ini dibeli semata-mata kerana Jason Becker. Saya rasakan muzik David Lee Roth bukanlah pilihan tepat untuk beliau, apatah lagi apabila rakan shredder Cacophony beliau, Marty Friedman bersama Megadeth.
Sayangnya, ini merupakan hasil kerja terakhir beliau. Selamanya beliau akan menjadi gitar hero untuk saya.
Terus kuat Jason. Anda adalah satu inspirasi!
Remembering my youth - 35th anniversary
Dark Throne - Soulside Journey (13/01/1991)
Saya bukanlah peminat black metal. Tetapi gambar cover album ini menjadi tarikan untuk saya mencuba. Tak sangka pula ianya bagus.
Mungkin saya adalah diantara minoriti yang suka album ini berbanding album-album black metal mereka. Ia sememangnya berbeza.
Ianya adalah death metal yang dommy, melodic dan agak teknikal.
Menarik!.
Album-album ini menyambut ulangtahun yang ke 50 pada tahun ini.
Saya hanya seorang kanak-kanak kecil yang belum faham apa itu muzik ketika semua album ini diterbitkan. Majoriti darinya hanya mula saya dengar secara penuh ketika di tahun 90an.
Tetapi kalau nak kena pilih satu yang paling suka sudah semestinya Virgin Killer. Scorpions adalah antara pengenalan awal saya kepada muzik terutamanya muzik rock dan lagu-lagu dari Virgin Killer antara yang terawal saya dengar.